daisyteacher

"Change is the end result of all true learning. "

MENGEKALKAN UDARA BERSIH

 3.6 Menyedari kepentingan untuk mengekalkan udara yang bersih

1) Bagaimana keadaan kehidupan tanpa udara yang bersih

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akanterancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

2)      Cara mengekalkan udara supaya bersih

Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih:

Teknik Pengurangan Pencemaran

Pengurangan di punca (Source reduction)  Aktivti mengurangkan atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses Guna semula (Recycling)  Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna Rawatan (Treatment)  Aktivti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna
Pengurangan di punca (Source reduction)
Pengubahsuaian produk (Product substitution)  Ubah komposisi produkUbah formula Ubah kegunaan produk Reka produk supaya boleh diguna semula

 

Kawalan sumber (Source control)
Pertukaran bahan mentah (Input material alternation)  Guna bahan tulen Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci Penukaran teknologi (Technology alteration)  Ubah proses Ubah peralatan, saluran Guna ‘automation’ Ubah keadaan operasi

 

Perubahan prosedur(Procedural changes)  Amalan ‘good house keeping’, Elak kehilangan bahan mentah melalui kebocoran atau tumpahan Asingkan sisa Kendalikan sisa dengan baik

 

1)      Mengurangkan penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin.  Bahan-bahan  aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.  Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) . ‘

 

2)      Perundangan

Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.  

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

3)      Mengitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan

Leave a comment »

MENGEKALKAN UDARA BERSIH

Leave a comment »

RENUNGAN BERSAMA

                                                         

Leave a comment »

BANK SOALAN

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 1

Soalan Peperiksaan Akhir 2

Ujian Pertengahan Penggal 1

Ujian Pertengahan Penggal 2

Leave a comment »

CERDAS MINDA

Cerdas Minda

Leave a comment »

ADAB MENJAGA ALAM SEKITAR

Leave a comment »

IMPAK PENCEMARAN UDARA

Leave a comment »

Nasihat dari Penyanyi Terkenal

Leave a comment »

Gambar-gambar Pencemaran Udara

This slideshow requires JavaScript.

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.